
Apabila membicarakan mengenai istilah “Air Kelantan”, pelbagai isu dan tanggapan singgah di benak fikiran kita semua. Tanggapan tersebut yang mungkin datang dari momokan media massa, momokan cerita sekitar, juga tidak kurangnya tanggapan hasil dari penaglaman yang pernah ditmpuhi individu tersebut.
Yang paling banyak dimomokkan ialah Air Kelantan yang dikatakan bermasalah, terkotor di Malaysia, menyebabkan timbul pelbagai penyakit dan sebagainya. Momokan ini ditimbulkan hanya disebabkan Kelantan itu ditadbir oleh parti kepimpinan ulama’ yang berlawanan dengan ideologi parti pemerintah kerajaan pusat yang beraliran nasionalisme..
Berbicara mengenai masalah air yang berlaku, memang diakui bekalan air di bawah pengurusan anak syarikat kerajaan negeri, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memang bermasalah dari segi bekalan, sumber, kualiti, pengurusan dan sebagainya. Hakikat yang perlu diketahui umum disini, seluruh negeri di Malaysia pun mempunyai masalah air sebegini di negeri masing-masing, bahkan banyak lagi negeri lain yang lebih teruk bermasalah. Rujuk sini. Cuma yang membezakan ialah masalah tersebut disensasikan atau tidak disensasikan oleh pihak-pihak yang berkaitan.
Mengenai kualiti air yang dikatakan air Kelantan adalah terkotor di Malaysia pula, kita perlu merujuk fakta dan sumber kesasihan berita tersebut sebelum mengambil berita tersebut untuk dijadikan fahaman, hujahan mahupun sebaran umum. Perlu kita membuat kajian fakta, air di Kelantan sebenarnya berada di tangga ke-5 yang mengandungi kandungan bakteria & virus, berada dibawah negeri-negeri lain yang lebih ‘kaya’ dan mendapat dana bantuan pengurusan air berbilion ringgit saban tahun.
Apa yang belum difahami dan diketahui umum, masalah utama yang berlaku dalam isu air di Kelantan adalah disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan bagi menguruskan dan menaik taraf bekalan air. Walaupun semua negeri dalam Malaysia sebenarnya berhak mendapat dana berbentuk geran kerajaan yang berjumlah berbilion ringgit dari kerajaan pusat bagi menguruskan dan menaik taraf air di negeri masing-masing, namun terdapat sebuah negeri yang dicicirkan dari senarai negeri yang saban tahun menerima geran tersebut. Negeri tersebut dinafikan haknya selama belasan tahun dan akhrinya hanya diberikan dana berbentuk pinjaman yang hanya berjumlah ratusan juta. Berbeza dengan negeri lain yang diberikan dana berbentuk geran kerajaan (tidak perlu dibayar balik) dalam jumlah yang banyak, berbilion ringgit. Rujuk sini. [continue reading…]







