Coway Water Filter
” REVERSE OSMOSIS “
Coway Water Filter Malaysia Reverse Osmosis merupakan satu teknologi penapisan air yang menggunakan membran separa tembus (semi-permeable membrane) untuk mengasingkan molekul asing di dalam air. Hanya molekul air boleh menembusi membran ini manakala molekul merbahaya lain akan diasing dan dibuang. Tekanan air paip turut membantu proses ini menjadi lebih efektif. Hasilnya, air yang bersih dan selamat untuk diminum.
Gambar di atas menunjukkan keupayaan penapisan reverse osmosis Coway. Penapis reverse osmosis Coway mampu untuk mengasingkan molekul merbahaya sekecil 0.0001 mikron. Jika anda pernah mencuba air daripada Coway sebelum ini, pasti anda dapat merasakan perbezaan rasa air tersebut. Rasanya lebih sedap dan segar kerana air tersebut bersih dan bebas daripada segala molekul berbahaya yang tidak dapat diasingkan melalui penapis air biasa ataupun dengan memanaskan air.
Tahukah anda bahawa memanaskan air sehingga suhu didih hanya dapat membunuh bakteria atau organisma mikro seperti protozoa atau amoeba, tetapi tidak dapat menyucikan air sepenuhnya daripada molekul asing yang mungkin terkandung dalam air seperti toksin algae dan choloramine. Oleh itu, penapis air sangat penting untuk setiap rumah bagi memastikan air yang diminum oleh kita sekeluarga bebas daripada segala bakteria dan molekul berbahaya. Penapis air reverse osmosis dapat mengasingkan bendasing berikut:
|
|
Kepentingan MINERAL DALAM AIR?
Antara perbincangan yang hangat diperkatakan sekarang adalah air hasil daripada penapisan reverse osmosis tidak baik untuk tubuh badan kita kerana reverse osmosis mengasingkan semua mineral termasuk mineral yang baik seperti Calcium. Oleh itu, mereka beranggapan air reverse osmosis tidak selamat untuk diminum. Betulkah pandangan mereka?
Menurut World Quality Association (WQA), tubuh badan manusia mendapatkan keperluan mineral daripada makanan asas dan tambahan bukannya daripada air yang diminum. Sebagai contoh, sumber utama Calcium adalah susu, yogurt dan cheese. Kesimpulannya, air reverse osmosis yang tersangat asli dan bersih ini tidak akan memberikan kesan buruk kepada pengguna.
Fakta sebenar adalah, sistem penapisan reverse osmosis merupakan satu-satunya cara penapisan air yang dapat mengasingkan majoriti molekul berbahaya sepertic arsenic, cyanide dan fluoride. Hasilnya, air yang benar-benar bersih dan selamat untuk diminum.
Team Coway Malaysia