Tip Memilih Penapis Air / Coway Water Filter

Contoh brand terbaik ialah Coway Water Filter

KEDUANYA penapis air tanpa tangki lebih jimat eletrik sebab ianya hanya beroperasi bila kita gunakan sahaja. Waktu tak digunakan, dia akan tidur (sleep mode).
.
Tak macam jenis yang ada tangki, dah la limited, mesin pula perlu sentiasa ON untuk memastikan suhu mengikut tangki dikekalkan. Berlaku pemanasan berulang disini. Selain penggunaan eletrik berlebihan, pemanasan berulang juga boleh menjejaskan kandungan mineral dalam air.
.
.
KETIGANYA bila tiada tangki, maka tiadalah risiko pencemaran tangki dan juga kemungkinan berlakunya pembiakan bakteria dalam tangki. Jadi air yang kita minum lebih selamat tanpa lumut dan kelodak kuman dan bakteria.
.
.
2. PILIH YANG TUKAR FILTER BARU, BUKAN HANYA CUCI FILTER SEDIA ADA!
.
Sebelum beli tanya dulu agen yang jual penapis air tu. Berapa bulan sekali servis. Ada yang 2 bulan sekali, ada yang 3 bulan sekali dan ada yang 4 bulan sekali. Soalan WAJIB seterusnya ialah:
.
“Filter ni cuci je ke atau tukar baru terus?”
.
Anda rasa mana lagi elok.. Cuci yang sedia ada atau tukar baru terus??
.
Mestila tukar baru terus kan.. Lebih terjamin kebersihannya. 😍
.
.
3. PILIH TEKNOLOGI YANG BERSESUAIAN
.
Kalau anda perasan kat market ada air RO, alkali dan juga mineral..
.
RO menggunakan sistem Reverse Osmosis, hasilnya air tulen tanpa sebarang bahan kimia, logam berat, bau, bakteria bahkan tiada zat MINERAL! Dalam proses ini akan berlaku pembuangan air kerana membran/filter yang digunakan sangat halus.
.
Alkali pula menggunakan sistem elektrolisis yang mana elektrod digunakan untuk memisahkan oksigen (air berasid) dan hidrogen (air beralkali).
.
Manakala Mineral menggunakan sistem penapisan Nano dimana air tulen dihasil dengan bersih tapi masih mengekalkan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. 😍
.
Kalau kat kedai kita boleh bezakan air mineral dan RO melalui warna penutup botol. Penutup botol warna putih ialah air minuman atau air RO. Penutup botol warna biru (sekarang ada yang hijau, pink dan kuning) ialah air mineral.
.
Alkali penutup botolnya warna apa? Jarang air alkali dijual secara runcit dipasaran kerana harganya yang mahal. Jadi tiada warna tertentu, yang pasti bukan putih.
.
Mana lagi mahal antara air yang penutup botol warna putih dan biru ni? Semestinya bukan yang putih la kan..
.
Jangan lupa cari juga penapis air yang ada UV-Care Sterilization. Lebih elok yang steril secara automatik setiap 2 jam sekali terutamanya di bahagian yang terdedah seperti di tab penapis air (muncung tempat keluar air).
.
.
4. PILIH YANG BANYAK PILIHAN SUHU 🔥💧
.
Pilihan suhu merupakan faktor penting untuk diambil kira terutamanya kepada para ibu. At least bagi ada pilihan suhu yang sesuai untuk bancuh susu bayi kesayangan kita. 👶
.
Sekali tekan je terus boleh bancuh susu tanpa perlu campurkan air panas dan air sejuk untuk dapatkan suhu yang sesuai. Silap haribulan boleh melecur mulut anak. Tak pun kalau terlalu sejuk berketul-ketul jadinya susu tersebut. 🍼
.
Nak lagi canggih ambil terus penapis air yang boleh buatkan ais sekali.. Siyess best gilerr tambah-tambah lagi time kita tengah dahaga dan kehausan.
.
Anda tau tak dengan kehadiran penapis air, peti sejuk kita akan lebih jimat elektrik.. Sebab anak-anak dah kurang buka peti sejuk untuk ambil air.. Diorang picit mesin penapis air je. Peti sejuk ni kalau kita selalu buka tutup pintunya, ia perlukan letrik yang lebih untuk sejukkan kembali suhu dalam peti sejuk.. 💦
.
.
5. PILIH YANG ADA CIRI-CIRI KESELAMATAN
.
Pernah tak anda dengar kisah anak-anak kecil melecur terkena air panas? Haa.. Kalau tak nak insiden tersebut terjadi kat rumah kita sendiri, pilih lah model penapis air yang ada child lock atau children friendly button.. Mencegah itu lebih baik dari merawat. 🤒🏥
.
.
6. PILIH DESIGN YANG CANTIK & PRAKTIKAL
.
Ada orang tak kisah tentang benda design-design ni, yang penting murah! Helloooo.. Akak-akak yang selalu kat dapur tu.. Kita habiskan banyak masa kat dapur tau, larat ke nak pandang mesin yang gabak dan tak cantik tu setiap hari, berbulu mata! Nak jemput tetamu masuk dapur pun segan. So pilihlah yang sedap mata memandang. Yang paling penting design yang slim, jimat ruang dan lebih praktikal. Jangan nanti tetamu tanya, mesin penapis air ke mesin basuh tuu.. Besar sangatt.. 😘
.
.
7. PILIH SYARIKAT YANG POWER
.
Power macam mana? Yang berwibawa.. Pengalaman banyak, syarikat dah lama dipasaran dan dah dipercayai di seluruh dunia.. Yang ada kilang sendiri ye, bukan main order produk OEM dari kilang pastu buh brand sendiri..

0 comments… add one

Leave a Comment

error: No Copyright@Coway Malaysia